Saturday, May 18, 2013

Mata: Sumber pahala atau dosa?



Dua orang sahabat kelihatan sedang berehat; setelah tekun mengulangkaji pelajaran selama 2 jam. Jari ligat menari di atas papan kekunci komputer riba. Facebook dan Youtube menjadi tumpuan utama.

Sahabatnya memulakan bicara. "Eh. Ada movie 'orang putih' baru. Jom tengok sama-sama."

"Hmm. Tak pe la kot. Aku kurang berminat." Balas lelaki itu.


"Kenapa? Aku perasan juga. Selama ini, kau memang tak suka tengok movie. Ada apa-apa ke?"

Lelaki itu menarik nafas, seraya berkata: "Aku pernah mendengar tausiyah daripada Al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll. Beliau pernah berkongsi cerita mengenai orang soleh yang sentiasa bermimpi bertemu Nabi Muhammad sallallaahu 'alaihi wa sallam. Pada suatu hari, lelaki soleh tersebut tidak bermimpi bertemu Baginda."

Sahabatnya kelihatan tertarik dengan cerita itu. "Owh. Kenapa?"

Komputer riba di alihkan ke tepi. Kemudian, lelaki itu menyambung bicara. "Setelah difikirkan, baru lelaki soleh itu tersedar bahawa secara tidak sengaja, lelaki soleh itu terlihat aurat wanita pada hari tersebut. Hmm. Cuba kau bayangkan. Dengan keadaan movie pada zaman sekarang ini. Aurat perempuan mahupun lelaki tidak terjaga. Aku tidak mahu melakukan dosa dalam keadaan aku tidak sedar."

"Habis tu, takkan tak boleh tonton movie langsung?" Soal sahabatnya.

"Jangan salah faham. Bukan bermaksud tidak boleh menonton movie langsung. Tetapi, ada tapisan yang perlu kita lakukan, sebelum memilih untuk menonton. Adakah lebih mendatangkan manfaat, atau mudarat setelah menonton."

"Betul juga tu. Astaghfirullah. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang melakukan dosa dalam keadaan tidak sedar. Kalau macam tu, jom tengok ceramah Habib Ali Zaenal Abidin. Ada link Youtube Darul Murtadza yang baru ni." Sahabatnya memberikan cadangan.

Lelaki itu tersenyum. "Ok. Itu baru bermanfaat. Majlis ilmu. Jom."

p/s: Tarbiyah diri memerlukan mujahadah. Pengorbanan. Kadangkala kita tersungkur. Tidak dinafikan. Tiada manusia yang sempurna. Namun, jangan jadikan ia alasan untuk tidak mahu berubah. Ubah diri, masyarakat, dan negara ke arah yang lebih baik. 

Tuesday, May 7, 2013

Di Mana Adab Kita Dalam Menuntut Ilmu?


Seorang lelaki kelihatan terangguk-angguk di dalam dewan kuliah. Kadangkala tertidur. Kuliah yang disampaikan pensyarah itu kelihatan membosankan. 


Kemudian, lelaki tersebut menoleh ke sebelah. Kawannya juga kelihatan mengantuk, tetapi masih mampu memaksa diri supaya tidak tidur. Tekun menyalin ilmu-ilmu penting yang disampaikan pensyarah.

"Kenapa kau tak tidur? Aku rasa mengantuk betul. Bosan." Lelaki tersebut meluahkan perasaannya. 

Sahabatnya tersenyum. Kemudian, beliau memberikan respon. "Kau tahu bagaimana aku memotivasikan diri aku supaya tidak tidur, sungguhpun kuliah yang disampaikan membosankan?"

Lelaki tersebut kelihatan berminat. "Haa, bagaimana?"

"Kau bayangkan situasi kau sebagai pensyarah itu. Kemudian, sebagai pensyarah, adakah kau akan terasa kecil hati sekiranya ada orang yang sedang menuntut ilmu daripada kau, tidur? Begitulah aku memotivasikan diri aku. Meletakkan situasi diri aku sebagai pensyarah itu. Sungguh, kadangkala sangat susah. Tetapi, setiap perkara perlukan mujahadah."

p/s: Menuntut ilmu daripada seseorang manusia adalah berbeza dengan menuntut ilmu daripada sumber rujukan seperti buku, internet dan lain-lain. Ia memerlukan akhlak. Adab menghormati sesama manusia, terutamanya kepada yang memberikan ilmu kepada kita.

Wednesday, May 1, 2013

Berjuanglah Mencapai Kemenangan


Gambar: FB Lukisan Dakwah Islam

Dua orang sahabat sedang berehat sebentar; setelah mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Facebook menjadi tumpuan utama.

Sahabatnya memulakan bicara: "Kenapa kau kelihatan sedih?"

"Hmm. Kau tahu kan. Kita semakin hampir dengan PRU13. Aku seronok melihat video dan gambar sahabat-sahabat kita yang berada di Malaysia." Balas lelaki tersebut.

"Owh, kau kata kau seronok, tetapi kenapa kau tak nampak gembira?" Sahabatnya tidak berpuas hati.

"Hmm. Aku sedih. Sahabat-sahabat kita mampu berjuang di medan sebenar. Turun padang. Mengangkat dan mengibarkan bendera. Berarak di jalan. Sanggup berpenat. Tetapi, kita? Berada di luar negara adalah suatu kekangan. Kita tidak mampu bersama-sama turun padang." Luah lelaki tersebut.

Sahabatnya tersenyum: "Hmm. Ada suatu perkara yang engkau terlupa. Walau di mana sahaja kita berada, kita mampu melakukannya."

"Maksud kau?" Lelaki tersebut tertanya-tanya.

"Doa. Sungguhpun kita berada di luar negara dan tidak mampu berjuang bersama-sama di medan, namun, jangan dinafikan kehebatan berdoa. Senjata orang mukmin. Mungkin dengan doa kita, setiap kali setelah selesai solat; menjadi asbab kemenangan Islam di Malaysia kelak. Maka, jangan berhenti berdoa. Istiqamah." Hujah sahabatnya.

"Terima kasih. Kau menceriakan hari aku. Ini kalilah!" Lelaki itu kelihatan semangat semula.

Thursday, April 25, 2013

Jaulauh Bumi Turki (Bahagian 4/4)


Cappadocia. Kota yang menyimpan pelbagai sejarah dari zaman-berzaman. Dipenuhi batuan yang unik reka bentuknya. 

Terhasil secara semulajadi disebabkan hakisan dari letusan gunung berapi. Batuan diukir dan dijadikan rumah, gereja, dan kota bawah tanah.

Banyak kerajaan yang pernah menduduki kawasan ini; kerajaan Hittites, Parsi, Byzantine, Uthmaniyyah, dan Republik Turki.

Melihat kejadian semulajadi yang indah, kita akan sedar bahawa kerdilnya diri kita berbanding Yang Esa.

Sehebat manapun manusia mencipta sesuatu, kita tidak akan dapat menandingi kekuasaan Allah. Alam semulajadi ciptaanNya sungguh menakjubkan.


Alhamdulillah. Selamat sampai di bumi UK; setelah bermusafir selama 13 hari di bumi Turki. Bersyukur dipermudahkan Allah ketika berada di sana.

Ragam manusia diperhatikan. Kebanyakan orang Turki yang kami tegur; mudah menghulurkan bantuan. Sehinggakan ada yang belanja makan dan mengajak kami tinggal di madrasah.

Mereka juga mesra. Ramai yang bertanya soalan; "Kami dari mana?" "Sudah berkahwin?", dan pelbagai lagi. Malah ada pak cik yang seronok bermain janggut ana.

Masjid di Turki sangat banyak. Dapat dilihat perbezaan masjid yang dibina pada zaman Seljuk, zaman Uthmaniyyah, atau zaman sekarang. Perbezaan melalui tiang dan kubah masjid.

Susunan zikir selepas solat juga sedikit berbeza dengan Malaysia. Setelah selesai solat fardu, semua akan solat sunat rawatib terlebih dahulu.

Setelah itu baru zikir berjemaah, bacaan doa dan diakhiri dengan Al Fatihah.

Namun, ia tidak menjadi suatu isu yang besar. Terpulang kepada kita bagaimana cara untuk mempraktikkan amalan sunat ini.

Cintanya mereka kepada haiwan. Banyak anjing dan kucing di sekitar Turki. Namun yang menariknya, kebanyakan yang kami jumpai akan diberikan makanan.

Istanbul. Bursa. Pamukkale. Konya. Cappadocia. Ankara. Kawasan yang kami kunjungi sepanjang berada di Turki. Setiap kawasan mempunyai tarikan yang berbeza.

Sekiranya kita memandang Turki sebagai tempat bersejarah, maka banyak ibrah yang dapat dipelajari. Teladani pemerintahan Turki yang berubah dari zaman-berzaman.

Namun, sekiranya kita hanya memandang Turki sebagai tempat pelancongan, maka itu sahaja yang akan kita peroleh. Gambar. Keseronokan.

Maka, ana memilih kedua-duanya; tempat bersejarah dan tempat pelancongan. Musafir dan bergembira bersama sahabat disamping mengambil ibrah daripada Turki yang kaya dengan sejarah.

Cari hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku disekeliling kita, maka kita akan sedar bahawa kita hanyalah hamba kepada Allah. Kerana hidup adalah kembara mengenal Sang Pencipta.

Tuesday, April 23, 2013

Jaulah Bumi Turki (Bahagian 3/4)


Konya. Berkesempatan melawat Mevlana Museum; menempatkan maqam seorang ahli sufi yang terkenal bernama Muhammad Jalal Al-Din Rumi. 


Bersebelahan Mevlana Museum, terdapat Masjid Sultan Selim. Pemerhatian melalui kebanyakan masjid yang kami ziarah di sekitar Turki. 



Setelah selesai solat, hampir semua jemaah akan menunaikan solat sunat rawatib dan akan berzikir bersama-sama menggunakan tasbih. 

Selain itu, Konya juga terkenal dengan tarian Sema. Ia akan dipersembahkan kepada orang awam pada setiap Sabtu.

Kami ketemu dengan Idris; sahabat Turki. Diperkenalkan melalui sahabat Turki kami di Bursa. Kami menziarahi dua buah madrasah di Konya.

Di madrasah, mereka akan memakai serban sebelum memulakan solat. Mereka juga sangat peramah. 

Sungguhpun mereka kurang fasih berbahasa Inggeris, namun usaha mereka untuk berkomunikasi membuatkan kami rasa terharu.

Hati kami berat untuk meninggalkan bumi Konya. Kami dilayan dengan baik, ketika menginap di madrasah selama dua malam.




Memories in Konya. Friendship for the sake of Allah. Together with our brothers from Turkey.


It was not our plan in Turkey. It was Allah's; indeed He was the best planner.



Madrasah; we met them there for the first time. We were invited to stay there for two days, so we did. 

They are really hospitable, least to say they are very friendly.

Language limitation was not a problem. Because we have one similarity; Islam.

One of them said: "I wish you could stay here longer". We were touched by his sincere words. 

Thank you brothers. Till we meet again. InsyaAllah. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...